• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

63 Ahli Bersatu Keluar Parti, Sertai UMNO

oleh Mohd Arshad
09/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
63 Ahli Bersatu Keluar Parti, Sertai UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN : Peluang untuk Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) dilihat semakin cerah apabila semakin ramai penyokong parti lawan beralih menyokong parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terbaharu, seramai 63 ahli Bersatu Cawangan Kampung Ranggon, Kemasik di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

Ketua Bersatu Cawangan Kampung Ranggon, Azman A. Ghani berkata, keputusan tersebut dibuat secara sukarela selepas hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepemimpinan parti.

“Kepemimpinan parti tidak mengambil cakna terhadap kami. Malah, sejak ditubuhkan pada 2018, pihak atasan tidak pernah datang jenguk kami.

“Lebih mengecewakan, setiap program yang kami lakukan, tiada peruntukan yang diberikan. Semua program yang kita buat menggunakan duit sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, malam tadi.

Azman yang sebelum ini juga merupakan bekas ahli UMNO berkata, dia turut melihat banyak perbezaan antara UMNO dan Bersatu.

“Sebelum ini, saya masuk Bersatu kerana fikir itu parti yang terbaik, namun selepas hampir empat tahun menyertai Bersatu, saya nampak banyak beza dan tiada apa-apa pembaharuan. Jadi, saya buat keputusan kembali semula ke pangkuan UMNO,” katanya.

Sabtu lalu, seramai 600 ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman turut keluar parti dan menzahirkan sokongan terhadap UMNO.

-Utusan Online

Tags: BERSATUBNPRU-15UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd