• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Ismail Sabri Tetap Calon PM, Ia Disahkan Zahid, Jangan Percaya Fitnah Pembangkang

oleh AK-47
08/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Ismail Sabri Tetap Calon PM, Ia Disahkan Zahid, Jangan Percaya Fitnah Pembangkang
Share on FacebookShare on Twitter

Bera : Pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) mampu menutup mulut pembangkang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri berkata, kenyataan dibuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu membuktikan kesepakatan dicapai pimpinan komponen BN termasuk Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno semalam, jelas membuktikan dakwaan pembangkang yang menamakan calon lain bakal dilantik sebagai Perdana Menteri hanya sekadar persepsi palsu dan fitnah.

“Tujuan pembangkang menamakan orang lain sebagai Perdana Menteri daripada BN hanya untuk mengelirukan pengundi.

“Malah mereka juga mahu memecah belahkan pemimpin dalam BN tetapi Alhamdulillah, solidariti dalam Umno dan BN tetap kukuh,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru di Kuala Bera di sini, hari ini.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai, Datuk Sabariah Saidin.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 500 penduduk Kampung Bohor Baru yang turut berkesempatan beramah mesra bersama Ismail Sabri.

Dalam kempen yang memasuki hari keempat, Ismail Sabri menyantuni penduduk di tujuh kampung dan taman perumahan termasuk bersama komuniti Orang Asli.

Semalam, di Bagan Datuk, Perak, Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian tiada isu membabitkan Ismail Sabri yang akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri sekiranya mandat diberikan kepada BN untuk mengetuai kerajaan.

Ahmad Zahid dilapor berkata, walaupun tidak menjadi Perdana Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan, beliau masih menjadi Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Naratif pembangkang dalam PRU-15 mendakwa, Ismail Sabri akan diketepikan sebagai Perdana Menteri jika BN mendapat mandat.

Malah, beberapa pemimpin utama parti komponen lain seperti MIC dan MCA turut menyatakan pendirian sama menyokong Ismail Sabri kembali menerajui kerajaan kelak.

-Harian Metro

Tags: Ahmad Zahid HamidifitnahIsmail SabripembangkangpmPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd