• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Lantik Pentadbir MAS Mudahkan Proses Pemindahan

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemegang saham tunggal Malaysian Airline System (MAS), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik Datuk Mohammad Faiz Azmi sebagai pentadbir bagi MAS berkuat kuasa hari ini.

Khazanah dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan pentadbir berkenaan dijangka akan memudahkan pemindahan aset dan liabiliti terpilih daripada MAS kepada syarikat baharu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjelang 1 September 2015.

“MAS akan terus beroperasi sehingga 31 Ogos 2015 termasuk pada hari tersebut. Seterusnya, MAB akan mengambil alih dan mengendalikan operasi syarikat penerbangan tersebut pada 1 September 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara sukarela oleh Khazanah dan dibuat menurut Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 (Akta MAS) yang diluluskan di Parlimen tahun lalu.

Kata kenyataan itu, Akta MAS memperuntukkan kaedah yang berkesan, cekap dan lancar bagi peralihan perniagaan, harta, hak, liabiliti dan hal ehwal MAS kepada MAB.

“Peralihan daripada MAS ke MAB adalah salah satu daripada 12 komponen penting bawah Pelan Pemulihan MAS (PPM) yang telah diumumkan pada 29 Ogos 2014.

“PPM bertujuan menyediakan garis panduan penyusunan semula syarikat penerbangan tersebut bagi mengembalikannya ke landasan keberuntungan yang mampan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, PPM turut menyatakan pendanaan pelaburan bersyarat oleh Khazanah yang berjumlah sehingga RM6 bilion yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat dan tertakluk kepada syarikat penerbangan tersebut memenuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan. - MYNEWSHUB.CC

Tags: khazanahMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd