• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Lulus Pengeluaran RM2.68 Bilion Sehingga Mac 2015

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 77,865 permohonan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM2.68 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini iaitu dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, jumlah kelulusan itu naik 37.37 peratus berbanding 56,681 yang diluluskan pada tempoh sama tahun lalu.

“Amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Fleksibel berjumlah RM2.68 bilion berbanding RM1.88 bilion pada suku pertama 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahril Ridza dalam pada itu memaklumkan, penggunaan i-Akaun dalam kalangan pencarum meningkat lebih 100 peratus pada suku pertama tahun ini.

Menurutnya, ahli KWSP yang mengakses i-Akaun sebanyak 2,907,576 naik 102.65 peratus berbanding 1,434,770 pada tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan ketara penggunaan i-Akaun menunjukkan semakin ramai ahli KWSP menyedari kepentingan memantau simpanan dan caruman KWSP yang diterima daripada majikan mereka.

“Ini penting untuk memastikan majikan membayar caruman bulanan dengan teratur dan tepat pada masanya,” katanya.

I-Akaun merupakan kemudahan dalam talian yang memberi kemudahan kepada ahli KWSP menyemak simpanan masing-masing melalui laman web myEPF dan aplikasi mudah alih KWSP.

Shahril Ridza turut memberitahu, jumlah pelawat laman web myEPF naik 38.72 peratus daripada 3,065,986 pelawat pada suku pertama 2014 kepada 4,253,173 pada suku pertama 2015.

Menurutnya, ahli KWSP yang ingin mendapatkan maklumat mengenai cara menguruskan simpanan KWSP mereka boleh juga mengunjungi Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP yang kini berada di cawangan KWSP Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Sehingga kini, lebih 4,000 ahli KWSP telah mengunjungi RAS bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai cara menguruskan dan meningkatkan simpanan persaraan mereka.

“Disebabkan sambutan yang menggalakkan, KWSP merancang untuk meluaskan RAS di enam cawangan utama di seluruh negara pada tahun ini,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd