• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Sah Tanding Di Arau Atas Tiket PN

oleh Mohd Arshad
03/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Shahidan Sah Tanding Di Arau Atas Tiket PN
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU : Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nama Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau sejak empat penggal itu sebagai calon gabungan tersebut dijadual diumumkan dalam majlis memperkenal calon PN Perlis di Kompleks Pas Kangar malam ini.

Shahidan telah menerima ‘restu’ daripada PN pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan sekali gus bakal menjadi sandaran membantu gabungan tersebut menang Parlimen Arau dan keseluruhan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau akan lawan habis-habisan calon BN, Datuk Rozabil Abd. Rahman di Parlimen berkenaan.

“Bukan sahaja penyokong Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), saya nak UMNO juga sokong saya. Semua gerakan di Arau saya yang atur selama ini daripada A sampai Z.

“Tiba-tiba tolak macam itu sahaja (calon) ambil pula bukan jawatankuasa bahagian, orang luar. Di Arau ini akan menjadi model Muafakat Nasional. Insya-Allah selain Parlimen Arau, empat kerusi DUN dalam tangan dan satu lagi DUN tunggu,” katanya di sini hari ini.

BN kelmarin menggugurkan nama Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengumumkan Rozabil sebagai pengganti calon di kawasan itu.

Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga tidak akan mempertahankan kedudukannya dan akan digantikan dengan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Sementara itu, Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, penyokong Pas tidak menjadi masalah memberi sokongan kepada Shahidan di kerusi Parlimen Arau.

Katanya, nama Shahidan dipilih di peringkat pusat bukan negeri semata-mata.

“Watikah calon itu akan diserahkan oleh peringkat pusat dan nama Shahidan sebagai calon PN Arau akan diumumkan malam ini dalam satu majlis memperkenal calon PN Perlis.

“Penyertaan Shahidan itu secara tidak langsung memberi kelebihan tambahan kepada PN bukan sahaja di Arau tetapi Perlis secara keseluruhan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PNPRU-15Shahidan KassimTiket PN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd