• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: UMNO Pastikan Calon Dipilih Tidak ‘Besar Kepala’ – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
28/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: UMNO Pastikan Calon Dipilih Tidak ‘Besar Kepala’ – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : UMNO akan memastikan calon yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak ‘besar kepala’ serta berani mempertahankan parti itu daripada diperlekehkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Top 5 UMNO bakal memilih calon yang tidak bersuara sumbang terhadap kepemimpinan mereka sendiri, selain mempunyai sokongan akar umbi kuat tanpa mengira tempat bertanding.

“Sudah tibanya UMNO yang mahu kestabilan dalaman UMNO dan memastikan tidak akan muncul suara-suara sumbang daripada UMNO yang mengkritik UMNO sendiri selepas pilihan raya umum nanti. Ini bermakna pemilihan calon UMNO pilihan raya kali ini sangat mustahak.

“Tugas ini amat mencabar bagi Top 5, namun bagi kestabilan politik masa depan, keharmonian parti, disiplin parti supaya pisang tidak berbuah dua kali maka kali ini, UMNO amat serius bagi memastikan calon terbaik itu mempunyai jiwa dan roh UMNO yang luhur,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO mahu individu yang dipilih sebagai calon benar-benar meletakkan keutamaan pada perjuangan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dan bukannya perjuangan individu melebihi parti.

“Mana-mana berkepala besar, berasa dirinya lebih besar daripada perjuangan parti sewajarnya tahu kedudukan dirinya.

“Ada yang ketika pembubaran Parlimen baru sedar bahawa dirinya sebenarnya milik parti, segala yang dinikmati termasuk jawatan yang pernah dipegang sebab atas dasarnya dirinya adalah ahli UMNO, bukannya ahli atau mewakili suara BERSATU atau PAS mahu pun parti lain di luar,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengakui banyak perkara yang dipelajari oleh BN daripada kekalahan pada 2018 dengan yang utama ialah kesedaran mengenai erti kesetiaan terhadap parti.

“Ketika itulah BN diuji apabila ramai pemimpin UMNO lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi pengkhianat parti, terdapat juga menjauhi diri daripada UMNO. Ini perit bagi UMNO akan tetapi ia juga suatu hikmah kepada UMNO.

“Pembersihan dalaman UMNO berlaku secara automatik apabila golongan oportunis ini dapat dikenal pasti melalui sikap, kenyataan dan tindak tanduk mereka,” katanya menambah ia sekurang-kurangnya dapat menjadi petunjuk arah penting dalam konteks pemilihan calon BN.

-Berita Harian

Tags: PRU-15UMNOZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd