• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Forensik PDRM Mula Gali Kubur Di Padang Besar

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menggali kubur-kubur yang ditemui di Padang Besar, Perlis bagi mengenal pasti sama ada ia milik pelarian Rohingya atau mangsa pemerdagangan manusia dari negara lain, seperti Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ujian forensik juga akan dilakukan bagi mengetahui jumlah mangsa yang dikuburkan berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian berkenaan.

“Bahagian forensik yang sama telah pergi ke Ukraine, jadi mereka mempunyai pengalaman yang banyak bagi mengenal pasti butir-butir serta bahan-bahan forensik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk berkongsi maklumat jika terdapat individu yang menjadi dalang pemerdagangan manusia berjaya meloloskan diri ke Thailand atau ke negara ini.

“Kerjasama dan pertukaran maklumat-maklumat ini bukan sahaja semata-mata atas dasar isu perundangan, tapi soal kemanusiaan,” katanya.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mengenai penemuan kubur-kubur oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 yang menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil di sempadan Malaysia dan Thailand.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kenyataan beliau yang meminta kerajaan Pulau Pinang menunjukkan keikhlasan dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan dengan membenarkan penempatan sementara kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh diwujudkan di negeri itu, bukanlah suatu kenyataan politik.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang sering memperjuangkan hak asasi manusia di Dewan Rakyat dan pentas-pentas politik, justeru ia seharusnya diterjemahkan dan bukannya dibebankan kepada pihak lain.

Semalam, Ahmad Zahid ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat yang mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi terbaik untuk dijadikan penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya berkata, Jabatan Imigresen telah mengenal pasti beberapa lokasi, termasuk di Pulau Pinang, untuk menempatkan pelarian berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam kenyataannya mahu pelarian berkenaan ditempatkan di tanah-tanah milik kerajaan persekutuan kerana negeri itu menghadapi masalah tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar. – BERNAMA

 

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd