• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKR Kaji Kesesakan Teruk Di Puncak Alam

oleh Mohd Arshad
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKR Kaji Kesesakan Teruk Di Puncak Alam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR : Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melakukan kajian terperinci berkaitan masalah kesesakan teruk lalu lintas di sekitar Puncak Alam, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah memanjangkan isu itu kepada kementerian berkenaan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kata beliau, beberapa cadangan turut diterima daripada penduduk tempatan mengenai kesesakan terutama di Bandar Puncak Alam.

“Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas daripada kementerian terlibat yang akan membuat kajian lanjut.

“Sebarang perkembangan terkini akan saya maklumkan kepada penduduk kelak,” katanya ketika ditemui pada Program Prihatin Sempena Deepavali di pekan Bestari Jaya di sini, petang tadi.

Pada program itu, seramai 200 penduduk B40 menerima sumbangan barangan keperluan sebagai persediaan sambutan perayaan berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus berdaya tahan.

“Sebagai contoh, Bajet 2023 menaikkan peruntukan bagi program Semarak Niaga kepada RM45 bilion berbanding RM40 bilion sebelum ini.

“Sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil,” ujarnya.

Tambah beliau, kemudahan pinjaman mikro bagi masyarakat India di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) juga disediakan dana berjumlah RM25 juta.

“Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi para peniaga khususnya peniaga kecil,” katanya.

-Utusan Online

Tags: kesesakanKKRPuncak Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jambatan Dua Lorong Untuk Keluar Masuk Ke Bandar Puncak Alam….

Jambatan Dua Lorong Untuk Keluar Masuk Ke Bandar Puncak Alam….

04/03/2026
0

Sesiapa yang biasa lalu sini mesti tahu cuma ada sebuah jambatan satu lorong pergi dan satu lorong balik antara jalan...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd