• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Rumah Di P Pinang Dilanda Banjir Kilat

oleh AK-47
16/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Puluhan Rumah Di P Pinang Dilanda Banjir Kilat
Share on FacebookShare on Twitter

Puluhan rumah di beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda negeri itu tengah malam tadi namun setakat ini tiada pusat pemindahan banjir (PPS) yang dibuka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak 10 malam tadi sebelum berhenti kira-kira dua jam kemudian dan hujan kembali lebat pada tiga pagi hingga 10 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata pihaknya menerima maklumat puluhan rumah di kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan George Town dinaiki air namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan rumah yang dinaiki air kira-kira 30 hingga 50 sentimeter dan ketika ini Adun di kawasan terlibat telah turun padang untuk memantau serta memberi bantuan kepada penduduk terlibat.

“Sehingga 10 pagi ini, kebanyakan air di kawasan yang dilanda banjir kilat telah surut dan kita bernasib baik kerana semua rumah pam di lokasi terlibat beroperasi dengan baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Phee berkata ketika ini kerajaan negeri juga sedang memantau cuaca di seluruh Pulau Pinang terutama lokasi yang berpotensi berlaku banjir kilat.

“Dari segi kesiapsiagaan, semua pihak telah bersiap sedia jika berlaku banjir atau banjir kilat di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Naran, Batu Maung Mohd Razak Abdul Hashim, 42, berkata hujan lebat di kawasannya sejak pukul 10 malam namun air mula naik di kediamannya selepas hujan lebat semula kira-kira 3.30 pagi.

“Ketika itu, kami sedang tidur dan isteri kejut kata air masuk dalam rumah, saya terus bangun dan angkat barang-barang elektrik ke tempat tinggi..air naik dengan cepat sebab hujan lebat, tapi dalam pukul sembilan pagi air telah surut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di Kangar, tiga kawasan di Kampung Sentua, Kampung Seriab dan Kampung Bakau dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Perlis sejak semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis berkata APM Perlis telah melakukan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ dan sungai yang berada pada tahap ‘kuning’ (status berjaga-jaga) di sekitar Perlis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan dan kecemasan boleh hubungi talian 04 977 7991 / 04 977 8991(Mers APM Perlis / kecemasan) atau 04 976 0991 (Bilik gerakan Pengurusan Bencana APM Perlis),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tinjauan Bernama di Titi Chai, Kangar mendapati air naik paras buku lali dan orang ramai telah mula memindahkan barang berharga di tempat tinggi.

Difahamkan belum ada Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibuka setakat ini.

-Malaysia Kini

Tags: Banjirbanjir kilatPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd