• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas YDP Dituduh Terima Rasuah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bekas YDP Dituduh Terima Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bekas Yang Di Pertua, Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas tuduhan menerima rasuah selain pindahan wang tunai ke akaun bank teman wanitanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pertuduhan kes dibaca di hadapan hakim Azura Alwi manakala pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rasyidah Murni Adzmi.

Tertuduh didakwa menerima suapan daripada pemilik syarikat Kenali Yakin Enterprise yang ada hubungan dengan tugas rasminya sebagai Yang Di Pertua, Majlis Daerah Kuala Langat ketika itu.

Ia sebagai balasan bagi membantu syarikat itu mendapatkan kerja dan sebut harga di Majlis Daerah Kuala Langat.

Tertuduh didakwa menerima barangan berharga iaitu lapan kali pindahan wang tunai ke akaun bank teman wanitanya berjumlah RM9,000 selain tiga kali pembayaran kad kredit miliknya sendiri berjumlah RM13,100.

Tertuduh dikesan melakukan kesalahan itu antara 28 September 2018 hingga 6 Mei 2020 di Kuala Lumpur.

Susulan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (11 Pertuduhan) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Zamri Idrus bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Selangor serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes disambung semula pada 26 Oktober hadapan.

-Harian Metro

Tags: Bekas YDPrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd