• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Wanita Warga Asing Dikhuatiri Lemas

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua wanita warga asing hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Klang, Brickfields di sini manakala dua lagi diselamatkan dalam kejadian yang berlaku lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba Seputeh Japari Tajudin berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, sekumpulan lima wanita berusia antara 18 dan 20 tahun itu dikatakan dikejar seorang lelaki bermotosikal ketika bersiar-siar sebelum empat daripada mereka terjun ke dalam sungai.

“Empat daripada wanita berkenaan bertindak nekad terjun ke sungai akibat ketakutan manakala seorang lagi bertindak menyusuri sungai sambil meminta pertolongan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Japari berkata dua daripada empat wanita itu berjaya diselamatkan orang awam yang sedang memancing manakala dua lagi dihanyutkan arus deras.

Menurutnya, seorang daripada mangsa yang hilang berpakaian merah manakala seorang lagi berbaju putih serta berseluar merah.

Tiga yang terselamat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk diambil keterangan.

“Buat masa ini anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah melakukan operasi menyelamat dengan menyusuri sepanjang sungai menggunakan lampu suluh namun mengalami kesukaran akibat cuaca yang gelap,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah malam ini dan akan disambung esok. – BERNAMA

 

Tags: mati lemaswarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd