• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Sertai Perlumbaan Pramusaji Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga ratus peserta tempatan dan luar negara mengambil bahagian dalam Perlumbaan Pramusaji Antarabangsa Ipoh kali ke-3 yang berlangsung di Lost World Of Tambun di sini hari ini.

Mereka mewakili pelbagai hotel, restoran dan institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan, termasuk dari Jepun dan Indonesia.

Perlumbaan anjuran Persatuan Hotel Malaysia Perak itu bersempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada 27 Mei ini dan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Peserta dikehendaki berjalan sejauh 1.1 kilometer sekitar kawasan taman tema itu sambil membawa dulang berisi dua gelas air dan sebotol air mineral.

Perlumbaan dibahagi kepada tiga kategori iaitu A (Classic Tray) individu lelaki dan wanita; B (Sportive Tray) individu lelaki dan wanita dan C (Fun Tray) terbuka.

Juara kategori A diraih Burhan Matli (Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur) serta Erna Kashnini Jamilil dari Hotel Pullman, Kuching dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kategori B dimenangi Pirto Hasan dan Thorn Sreymao dari Healy Mac’s Irish Pub & Restaurant yang membawa pulang RM1,000 manakala johan kategori C dirangkul Burhan Matli (RM500). – BERNAMA

Tags: pramusaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd