• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

63 Jemaah Tarekat Terkandas Di Madinah Dibawa Pulang

oleh Mohd Arshad
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Kecam Serangan Besar-Besaran Israel Di Rafah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menyelaraskan usaha penghantaran balik jemaah umrah terkandas di Madinah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan bersama Wisma Putra di sini, kumpulan seramai 63 orang warga Malaysia itu terdiri daripada 28 dewasa dan 35 orang lagi kanak-kanak sebelum itu dibawa gerakan Tarekat Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah ke Arab Saudi kononnya untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu, namun, terkandas sejak Jun lepas.

Kumpulan berkenaan, ujarnya lagi, tidak pernah pun dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah tersebut dan kemudian terperangkap hanya berada di Madinah sehingga ke hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mendedahkan mengenai amalan pelik gerakan dipimpin oleh Habib Shah Firdaus Ahmad itu.

Pengikut kumpulan ini yang berpusat di Negeri Sembilan dipercayai konon merancang untuk menunggu kemunculan Imam Mahdi di Arafah pada hari wukuf lalu tetapi kemudiannya hampa.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, ketua tarekat tersebut telah pun diusir keluar oleh kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan.

Justeru, jelasnya, pihak kerajaan Malaysia bersetuju untuk membantu urusan penghantaran balik jemaah yang terkandas itu dengan melibatkan kerjasama antara pelbagai agensi berkaitan.

“Usaha ini akan melibatkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah yang bertindak menyelaras mereka agar dapat pulang dalam masa terdekat,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: jemaah umrahterkandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd