• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dera Kanak-kanak Di Pulau Pinang Meningkat 10 Peratus

oleh Mohd Arshad
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Dera Kanak-kanak Di Pulau Pinang Meningkat 10 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS: Kes penderaan kanak-kanak di Pulau Pinang dilaporkan meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu dengan 135 kes direkodkan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zakaria Taib, berkata peningkatan itu dipercayai didorong faktor emosi ibu bapa yang terganggu berikutan berdepan masalah kewangan dan masih tidak mempunyai pekerjaan selepas terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, katanya, anak-anak menjadi mangsa sebagai tempat untuk mereka melepaskan kemarahan dan meredakan tekanan yang dihadapi.

“Memang kita lihat berlaku sedikit peningkatan kes dera di negeri ini yang antara faktornya mungkin disebabkan emosi ibu bapa terganggu, seperti tiada pendapatan dan tidak dapat bekerja disebabkan daripada PKP.

“Jadi, untuk lepaskan emosi itu mungkin anak-anak (jadi sasaran),” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Darus.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, penderaan seksual merekodkan jumlah tertinggi dengan sebanyak 82 kes iaitu 65.2 peratus, diikuti penderaan fizikal sebanyak 39 kes (28.9 peratus) dan lapan kes penderaan emosi (5.9 peratus).

“JKM memandang serius isu membabitkan penderaan kanak-kanak dan menjadi selaku agensi yang berperanan menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera setiap kali menerima laporan daripada masyarakat.

“Selain itu, kita juga menyediakan kelas kaunseling bagi membantu memulihkan emosi kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, selain mengadakan kempen dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, semua pihak perlu memandang serius kesan buruk penggunaan gajet dan penyalahgunaan media sosial yang menyumbang kes jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

“Eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak semakin meningkat terutamanya kesalahan pornografi yang melibatkan perkongsian dan capaian kepada bahan pornografi kanak-kanak.

“Ibu bapa perlu peka dan mengawal penggunaan gajet bagi mengelakkan perkara ini berlaku, misalnya penggunaannya mengikut jadual,” katanya.

BHonline-

Tags: Kes Dera Kanak-KanakmeningkatPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd