• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Minta Saudara Baru Kekal Dalam Islam

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan golongan saudara baru supaya bersusaha meningkatkan keimanan mereka agar kekal dalam Islam.

Baginda bertitah ini kerana sejak kebelakangan ini wujud pelbagai bentuk dakyah dan pengaruh yang cuba melemahkan umat Islam khususnya mereka yang baru memeluk Islam supaya kembali kepada agama asal mereka.

“Namun saya yakin selagi saudara-saudara baru menguatkan iman, mereka tidak mungkin dapat mempengaruhi tuan-tuan dengan dakyah mereka,” titah baginda semasa menutup Konvensyen Saudara Muslim peringkat kebangsaan 2015 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kerajaan negeri Perlis di sini hari ini.

Konvensyen itu turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Seramai 800 saudara baru menyertai konvensyen dua hari itu yang ceramahnya disampaikan antara lain Timbalan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Dr Mushaddad Hasbullah dan Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Sirajuddin turut bertitah agar saudara baru mengekalkan hubungan baik dengan ibu bapa dan saudara mara mereka yang bukan Islam selagi tidak ia tidak menyentuh soal akidah, kepercayaan dan hukum halal haram.

Baginda bertitah agar saudara baru mendisiplinkan diri dan menjaga keislaman masing-masing untuk mendapat keredaan Allah dan jangan mudah terpengaruh dengan anasir yang mahu menggugat keimanan dan aqidah mereka.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam termasuk saudara baru agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu merosakkan akidah mereka khususnya kumpulan pengganas IS.

Konvensyen tersebut merupakan susulan konvensyen di Wilayah Persekutuan pada 2008 dan 2009, Terengganu (2001), Kelantan (2013) dan Johor (2014).

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2015 kepada Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah dari Pahang sementara Raja Perempuan menyampaikan anugerah kepada penerima wanita iaitu Norasikin Ong Abdullah dari Kelantan.

Mereka masing-masing menerima plak, sijil penghargaan dan wang tunai RM5,000. – BERNAMA

Tags: Raja Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd