KOTA BHARU – Ejen kosmetik yang diculik hingga dibawa lari ke Thailand buat pertama kalinya kelihatan menangis teresak-esak di rumah keluarga suaminya di sini sebentar tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Azi,36, diselamatkan daripada penculik di Thailand hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand Jumaat lalu.
Selama 19 hari wanita itu diculik dan hari ini Azi dipertemukan kembali dengan ahli keluarga dan anak-anaknya.
Kelihatan Azi menangis sambil memangku seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
-Kosmo Online
