Duhai anakandaku Hammad
Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah.
Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.
Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad.
Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad.
Insya-Allah, solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam USIM
– Dr Zulkifli
