• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

oleh Mohd Arshad
01/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir di sebuah kawasan perumahan di Sitiawan dekat sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran mendapati suspek kemudian cuba melepaskan tembakan ke arah rumah pemilik kereta tersebut.

“Bagaimanapun, dipercayai pistol suspek gagal berfungsi sebelum mereka melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menjelaskan polis menerima panggilan telefon dari seorang lelaki pada pukul 1.07 tengah hari memaklumkan ada kes tembakan di hadapan rumah rakannya di Sitiawan.

Beliau memaklumkan, hasil siasatan mendapati isteri pemilik rumah ada mendengar bunyi letupan di luar rumah mereka pagi semalam tetapi tidak mengendahkannya.

Kemudian, kira-kira pukul 12.45 tengah hari pemilik rumah yang mempunyai dua anak keluar rumah untuk mengambil barang dan menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang keretanya serta menemui kelongsong peluru di bawah kenderaan tersebut.

Mohd. Yusri memberitahu, pemeriksaan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati terdapat kesan lubang pada cermin belakang kereta dipercayai akibat tembakan serta satu kelongsong peluru dan kepala peluru di lokasi kejadian.

“Polis masih menyiasat motif kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-Kosmo Online

Tags: motosikaltembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd