• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Litar Sepang Tetap Dalam Ingatan Hamilton

oleh Mohd Arshad
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Litar Sepang Tetap Dalam Ingatan Hamilton
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyimpan 1,001 kenangan buat juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) dari pasukan Mercedes-AMG PETRONAS, Lewis Hamilton.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hamilton berkata SIC mempunyai daya tarikan tersendiri dan sehingga sekarang, pelumba berusia 37 tahun itu masih merasai ketiadaan litar berkenaan dalam kalendar perlumbaan F1.

“Litar terbabit menjanjikan pemanduan yang menakjubkan, malah boleh dikatakan cukup epik kepada mereka yang pernah beraksi di sana (SIC),” kata Hamilton pada sesi bersama media di sini, hari ini.

“Saya masih ingat pada perlumbaan pertama di SIC pada 2007, ketika itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Selain perlu berjalan jauh, saya juga agak sukar untuk keluar daripada jentera. Ia pengalaman yang tak dapat dilupakan.”

Untuk rekod, Hamilton yang memulakan karier sebagai pelumba F1 pada 2007 sudah meraih tujuh gelaran dunia iaitu masing-masing pada 2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan 2020.

Dengan berbaki enam perlumbaan musim ini, Hamilton sudah mengumpul 168 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan manakala Max Verstappen yang mewakili pasukan Red Bull Racing RBPT mendahului carta dengan 335 mata.

“Saya tetap yakin mampu meraih posisi utama pada baki enam lagi perlumbaan namun jika tidak berjaya bukanlah bermakna berada di pengakhiran karier,” katanya.

Kali terakhir SIC berada dalam kalendar F1 adalah pada 2017 selepas 19 tahun penganjurannya di negara ini.

BHonline-

Tags: F1Lewis HamiltonLitar Antarabangsa SepangMercedes-AMG PETRONAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd