• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki

oleh Mohd Arshad
25/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki warga Australia parah di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan kes pergaduhan itu pada jam 4.54 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan sekumpulan lima hingga enam lelaki tempatan serta warga asing manakala mangsa adalah seorang lelaki warga Australia.

“Mangsa dipukul secara beramai-ramai dan seorang daripada suspek menggunakan objek dipercayai senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan, petang tadi.

Ashari berkata, mangsa cedera pada leher, badan dan telapak tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan kini dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, kami menahan tiga suspek berusia 20 hingga 30 tahun dan direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek lain yang masih bebas.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222,” katanya.

BHonline-

Tags: bergaduhTREC KL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

10/08/2025
0

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd