• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

oleh Mynewshub
02/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)
Share on FacebookShare on Twitter

Tujuh Oleh Mynewshub

 

KUALA LUMPUR – Satu insiden mengejutkan membabitkan anggota tentera di Kem Bentong, Pahang mencetuskan perhatian apabila seorang anggota dilaporkan kritikal selepas dipercayai dipukul oleh rakan setugas sendiri.

 

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan media mengesahkan kejadian itu berlaku pada 30 Mac lalu di pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), melibatkan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR).

 

Menurut siasatan awal, suspek dipercayai bertindak agresif dengan menampar dan menumbuk beberapa anggota lain di bahagian muka serta perut.

 

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata yang diarahkan kepada mangsa.

 

Akibat kejadian tersebut, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan kecemasan awal di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) 25 RAMD.

 

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, di mana beliau kini sedang menerima rawatan rapi dengan bantuan alat pernafasan.

 

Dalam masa sama, seramai enam lagi anggota turut dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

 

Kesemua mereka telah menerima rawatan dan keadaan kesihatan mereka dilaporkan stabil, namun masih berada di bawah pemantauan pihak pasukan.

 

Susulan insiden tersebut, anggota PTTR yang disyaki terbabit telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut.

 

TDM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kejadian ini dan satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

 

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat tanpa kompromi.

 

“TDM sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang menyalahi undang-undang dan peraturan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

 

Dalam pada itu, TDM turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi mangsa dan keluarga. – MYNEWSHUB

Tags: Anggota TenteraKem Tentera Darat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd