• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi

oleh Mynewshub
02/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. menafikan isu penggunaan peralatan pembersihan tidak mematuhi piawaian halal ada kaitan dengan syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, pihak syarikat menjelaskan bahawa maklumat serta gambar yang tersebar di media sosial itu langsung tidak berkaitan dengan operasi mereka.

Menurutnya, imej yang tular bukan menunjukkan persekitaran mahupun peralatan sebenar yang digunakan dalam proses pengeluaran produk kopi syarikat berkenaan.

“Untuk makluman, kami hanya menumpukan kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan sebarang produk biskut seperti yang didakwa,” kata kenyataan itu.

Tambah syarikat itu lagi, mereka sentiasa mematuhi sepenuhnya piawaian serta keperluan pensijilan halal Malaysia dalam setiap proses pengeluaran.

“Semua operasi kami adalah selaras dengan garis panduan kebersihan dan syariah yang ditetapkan. Status halal kami masih sah dan diiktiraf,” katanya.

Orang ramai juga boleh membuat semakan status halal produk melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan carian ‘Sin Sing Coffee’

Dalam pada itu, syarikat yang telah beroperasi lebih 67 tahun itu menegaskan komitmen berterusan mereka dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham. – MYNEWSHUB

 

Tags: berus babiIsu halalpenafianSing Sing Coffee
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Menanti Penafian Muslihat PASLeak

24/04/2022
0

Menghairankan apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang belum mengeluarkan dalil mengenai kontoversi PasLeak. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Sekadar menafikan ketulenan...

Syed Saddiq Nafi Dakwaan Ada Banglo

01/02/2022
0

SHAH ALAM : Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd