• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

oleh Mohd Arshad
03/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam gagal diluluskan disebabkan oleh sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki berkata, usul itu gagal mencapai sokongan dua pertiga kerana ketidakhadiran dan kurang komitmen sebahagian Ahli Parlimen BN.

“Blok Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan 100 peratus. Semua Ahli Parlimen hadir dan mengundi menyokong pindaan yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

“Itu fakta yang tidak boleh diputarbelitkan,” katanya dalam satu kenyataan hari Ini.

Afdlin berkata, angka tidak berbohong dah kehadiran tidak boleh digantikan dengan kenyataan media, manakala disiplin blok tidak boleh diselamatkan dengan retorik selepas undi selesai.

Justeru, katanya, tidak wajar untuk pihak yang gagal memastikan kehadiran penuh barisan sendiri menuding jari dan cuba membina persepsi kerajaan tidak stabil.

Dengan itu, kata beliau, naratif bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kekuatan di Dewan Rakyat juga tidak tepat dan tidak jujur. – MYNEWSHUB

Tags: Afdlin Shauki
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mendakwa penyertaannya dalam politik bukan kerana mengejar kuasa. Ketua...

Afdlin Nafi Tuduhan Salah Laku Projek DBKL

Afdlin Nafi Tuduhan Salah Laku Projek DBKL

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd