• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

oleh AK-47
13/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau menyifatkan sikap segelintir masyarakat yang mudah terpengaruh dengan gaya hidup selebriti sebagai sesuatu yang membimbangkan, apatah lagi apabila ada yang sanggup meniru tanpa menilai kemampuan diri sendiri.

Menurutnya, keadaan itu dapat dilihat apabila orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli produk yang dipromosikan selebriti hanya kerana terpengaruh dengan imej yang dipaparkan di media sosial.

“Sebab itu yang beratur panjang nak beli tudung kena tengok selebriti tu mungkin cantik pakai tudung dia terlupa untuk duduk di depan cermin dan melihat mukanya sendiri.

“Walaupun sebahagian selebriti tu tak ada apa pun. Kosong je otaknya,” katanya dalam satu rakaman video di muat naik di laman Facebook hari ini.

Beliau turut menyentuh tentang tindakan seorang selebriti yang didakwa memberi panduan berkaitan rezeki dengan menggunakan ayat al-Quran secara tidak tepat.

“Saya tengok satu apa, selebriti ke apa pun saya tak tahu. Merepek. Dia kata bagaimana nak beri dapat rezeki, baca ‘alam tara kaifa fa’ala rabbuka’

“Ini ada masalah mental yang serius. Gayanya, saya kalau tengok saya tak tahulah. Betul ke orang kata selebriti macam tu? Tak gaya pun

“Dia ingat apa? Dia ingat Bahasa Quran tu Bahasa Melayu ke buka-buka? rabbuka tu (maksud) Tuhan kamu. Bukan buka pintu.

“Sekontang itu. Seselekeh itu. Dunia menipu manusia anggap sebagai orang idaman,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Dr MAZA Channel

Tags: dr.maza
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

“Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal” – Mufti Perlis

04/04/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tanpa berselindung mendedahkan beliau antara individu paling awal menyokong dan...

Periksa Alat Sulit Dulu Sebelum Masuk Tandas – Dr Maza

13/08/2018
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memeriksa alat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd