Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Saya sudah bersedia dari awal,” kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden serangan yang dialami oleh beberapa rakannya.
Firdaus Wong turut memberi peringatan beliau memang kerap dilihat seorang diri di kebanyakan masa.
“Saya memang kerap nampak keseorangan kerana mereka tak kenal ‘lain-lain’ yang di sekeliling saya.
“When lightning strikes, its strikes (Apabila kilat menyambar, ia pasti menyambar),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Firdaus Wong menimbulkan persoalan adakah beliau pula bakal menjadi sasaran seterusnya.
Menurut beliau, insiden bermula dengan Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak dikepung.
Katanya, kemudian pendakwah bebas, Zamri Vinoth diserang dan hari ini Cikgu Chandra turut berdepan serangan.
“Siapa pula bakal menjadi sasaran selepas ini? Saya? Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakil.
“Cukuplah bagi kami bahawa Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung dan penolong,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info Dan Foto: FB Firdaus Wong Wai Hung


