Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya rumah Cikgu Chandra terbakar adalah berita palsu, kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Menurut beliau, perkara itu disahkan sendiri selepas berhubung dengan Cikgu Chandra bagi mendapatkan kepastian berhubung khabar angin yang tular di media sosial.
Firdaus Wong berkata, orang ramai diminta tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti bagi mengelakkan penyebaran fitnah.
“Rumah Cikgu Chandra terbakar?
Berita palsu. Saya baru mengesahkan dengan Cikgu Chandra,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Beliau turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut kerana berpotensi mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.
“Tak pasti jangan kongsi. Elakkan khabar angin dan fitnah,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: FB Firdaus Wong Wai Hung.


