KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertahankan negara daripada kesan konflik Asia Barat.
Menurut beliau, apabila perang di bumi Arab berlaku, harga minyak segera turut melambung dan secepat itu jugalah Anwar menyusun semula harga dan keperluan minyak dalam negara.
“(Hanya) Orang bodoh akan marahkan PMX (Anwar), tapi itu memang satu keperluan menyusun semula keperluan rakyat mengikut keupayaan negara.
“Jom kita bersatu bersama PMX hadapi krisis tenaga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Dalam hantaran berasingan, Ismail berkata, harga diesel Malaysia mengikut harga apung dunia, namun telah ada mekanisma subsidi bantu rakyat.
Menurut beliau, harga tanpa subsidi RM5.52 adalah harga yang ditetapkan mengikut harga minyak mentah dunia semasa.
“Kerajaan tidak lagi membayar subsidi secara pukal di pam minyak untuk harga ini di Semenanjung.
“Walaupun harga di pam naik kepada RM5.52, kerajaan menukar cara pemberian subsidi,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr. Ismail Salleh


