GEORGETOWN – Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, pada 22 Mac lalu.
Tertuduh, M Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37, membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34.
Mahkamah menegaskan hukuman dijatuhkan dengan mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kes ini sebelum ini tular selepas satu video memaparkan aksi tidak senonoh pasangan itu di kawasan perkuburan berkenaan, sebelum kedua-duanya diberkas polis pada hari sama.


