• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

oleh Mynewshub
30/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah, namun menegaskan perkara itu tidak wajar dijadikan isu perkauman.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh seorang lelaki dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

“Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara melulu serta merbahaya.

“Nyawa manusia tiada galang gantinya. Keselamatan pengguna jalan raya lain tidak patut dipertaruhkan dek kerana kecuaian pihak lain. Tindakan tegas, konsisten dan berterusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) serta agensi berkaitan perlu diperkasakan, bukan bersifat reaktif hanya selepas berlakunya tragedi,” katanya dalam satu kenyataan.

Lawrence berkata, ketika Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menerajui MOT, isu berkenaan diberi keutamaan melalui pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperketat hukuman di bawah Seksyen 41 hingga Seksyen 45.

Menurut beliau, pindaan itu bukan sekadar cadangan, malah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenan Yang di-Pertuan Agong serta dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020.

Beliau berkata, pendekatan ketika itu tidak hanya tertumpu kepada hukuman, malah melibatkan kempen kesedaran berskala besar bagi mendidik masyarakat tentang bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan melulu.

Tambah beliau, semasa proses pindaan Akta 333, sesi libat urus turut diadakan termasuk bersama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Katanya, majlis tersebut bersetuju bahawa aspek perundangan dan pendidikan perlu bergerak seiring bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh bahan terlarang.

Justeru, beliau menggesa kerajaan ketika ini khususnya Kementerian Pengangkutan yang diterajui Menterinya, Anthony Loke supaya mengambil langkah susulan yang lebih berkesan.

Beliau turut membangkitkan beberapa persoalan termasuk sama ada penguatkuasaan masih dilaksanakan secara konsisten serta sama ada kempen kesedaran yang diperkenalkan sebelum ini telah dihentikan selepas pertukaran kerajaan.

“Anthony Loke perlu tampil ke hadapan dan menjawab persoalan-persoalan ini. Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan?

“Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada tahun 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Datuk IR Lawrence Lowisu perkaumanMangsaMCANaib Presidenpemandu mabukTindakan serius
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd