Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pendakwah, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya yang dihasilkan pada zaman sekarang sangat tidak berkualiti.
Menurut beliau, lagu raya sekarang dihasilkan tanpa mesej yang boleh menginsafkan masyarakat pada Hari Raya Aidilfitri.
“Dulu-dulu lagu raya penuh dengan ‘roh’ walaupun penyanyinya bukan Melayu macam DJ Dave dan Cenderawasih.
“Belum raya pun dah terasa keinsafannya. Sekarang, lagu raya macam ‘gampang’, tak dak roh. Macam tak raya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Ridhuan Tee berkata, keadaan itu terjadi akibat mereka yang mencipta lagu baru raya berkarya tanpa ‘jiwa’ dan ‘roh’.
Menurut beliau, golongan tersebut hanya mahu mengejar glamour dan sekadar mahu menjadi lagu paling tular di media sosial.
“Inilah akibat bila berkarya tak ada jiwa roh, tapi nak kejar glamor jadi lagu no1.
“Hampeh.. Nasib baik ada lagu lama, tetap hit dan malar segar. Ke aku silap sebab aku mualaf@bukan Melayu,” katanya sinis. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah
