• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan 102 Tahun ‘Dilarikan’ Anak-Anak Selepas Kahwin Senyap Dengan Penjaga Lebih Muda

oleh Mohd Arshad
02/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jutawan 102 Tahun ‘Dilarikan’ Anak-Anak Selepas Kahwin Senyap Dengan Penjaga Lebih Muda
Share on FacebookShare on Twitter

TAIWAN – Seorang jutawan berusia 102 tahun mencetuskan kekecohan apabila “dilarikan” keluar dari sebuah hospital oleh anak-anaknya sendiri selepas mereka terkejut mengetahui warga emas itu berkahwin secara senyap dengan penjaga peribadinya yang jauh lebih muda.

 

Insiden yang berlaku pada 3 Februari lalu itu dirakam dalam satu rakaman video tular, memaparkan suasana tegang ketika lelaki dikenali sebagai Wang, yang sedang duduk di kerusi roda dan ditolak isterinya, Lai, didatangi tiga orang anak lelaki, tiga menantu perempuan serta empat cucu.

 

Rakaman menunjukkan Lai ditolak ke tepi sebelum Wang dibawa pergi oleh ahli keluarganya, mencetuskan pergelutan singkat yang dilaporkan menyebabkan wanita berusia 68 tahun itu mengalami kecederaan.

 

Pihak polis tiba di lokasi tidak lama kemudian.

 

Menurut laporan, ahli keluarga memaklumkan kepada polis bahawa Wang adalah bapa dan bapa mentua mereka, sebelum lelaki warga emas itu akhirnya dibawa keluar dari hospital bersama keluarganya.

 

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku hanya beberapa minggu selepas Wang secara senyap mendaftarkan perkahwinannya dengan Lai pada 5 Januari lalu.

 

Anak-anaknya mendakwa mereka hanya mengetahui tentang perkahwinan itu apabila cubaan melawat bapa mereka beberapa hari kemudian dihalang.

 

Keluarga turut mendakwa Lai telah memutuskan hubungan Wang dengan dunia luar dan tidak membenarkan ahli keluarga berhubung dengannya.

 

Mereka juga menuduh wanita itu mengambil kesempatan terhadap keadaan mental Wang yang dikatakan semakin merosot demi menjamin masa depan kewangannya.

 

Menurut laporan, Wang didakwa telah memindahkan tujuh bidang tanah serta polisi insurans bernilai kira-kira £1.9 juta kepada Lai dan anak-anaknya, dengan jumlah keseluruhan aset yang dipindahkan dianggarkan sekitar £4.7 juta.

 

Secara keseluruhan, nilai kekayaan Wang dikatakan mencecah antara £16 juta hingga £18.7 juta, terdiri daripada tanah dan hartanah.

 

Di bawah undang-undang di Taiwan, individu yang mempunyai keupayaan undang-undang dibenarkan untuk berkahwin tanpa mengira usia, sekali gus menjadikan perkahwinan tersebut sah dari sudut perundangan.

 

Kes ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial mengenai isu perkahwinan warga emas, hak individu lanjut usia, serta dakwaan eksploitasi kewangan oleh penjaga atau pasangan yang lebih muda.-MYNEWSHUB

Tags: kahwin muda
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kahwin Muda Cabul Hak Asasi Kanak-Kanak

14/12/2018
0

PERKAHWINAN muda yang berlaku di negara ini merupakan pencabulan hak asasi kanak-kanak. Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk...

Selangor Pertama Naikkan Had Umur Perkahwinan Jika Pindaan Diluluskan

03/09/2018
0

SHAH ALAM - Selangor akan menjadi negeri pertama melaksanakan had umur minimum perkahwinan iaitu 18 tahun, sekiranya cadangan pindaan enakmen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd