KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan kuota BUDI95.
Isham dalam satu hantaran di media sosial berkata, Anwar perlu mengakui bahawa beliau tidak mampu mentadbir walau dulu membuat pelbagai janji.
“Kamu perlu akui yang kamu tidak mampu mentadbir, Anwar. Dulu kamu cakap senang dan janji bulan bintang, tetapi kini kamu tidak tahu apa nak buat.
“Sekarang rakyat yang jadi mangsa dan terpaksa menanggung beban dasar dan keputusan kamu yang tidak betul dek kerana kerakusan dan cita-cita kamu ingin sangat nak jadi Perdana Menteri,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.
Isham berkata, jika pembangkang yang perlu memberi langkah penyelesaian kepada kerajaan, maksudnya Perdana Menteri tiada fungsi.
“Kamu perlu undur diri, minta maaf kepada rakyat dan beri laluan kepada yang lebih mampu mentadbir untuk meringankan beban rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB


