• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Semoga Harimau Malaya berjaya mengharungi permasalahan membabitkan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Selepas keputusan yang diumumkan semalam, kini tumpuan terarah kepada tindakan yang akan diambil oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sama ada mengekalkan keputusan perlawanan sebelum ini atau membuat penilaian semula berdasarkan hukuman yang diputuskan oleh CAS.

Untuk rekod, Harimau Malaya ketika ini berada pada kedudukan terbaik dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia AFC 2027 selepas mengumpul 15 mata maksimum hasil kemenangan dalam lima perlawanan.

Prestasi konsisten itu meletakkan Malaysia selangkah sahaja lagi untuk mengesahkan tempat ke kejohanan berprestij Asia tersebut sekali gus melakar sejarah baharu bola sepak tanah air.

Aksi terakhir Harimau Malaya menentang Vietnam di Hanoi yang dijadualkan pada 31 Mac depan bakal menjadi penentu kepada misi bersejarah itu.

Jika keputusan positif berjaya diraih, ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai juara kumpulan malah menjadi simbol kebangkitan bola sepak negara yang sekian lama dinantikan para penyokong.

Namun segala-galanya masih bergantung kepada keputusan AFC susulan hukuman yang dikenakan oleh CAS, keputusan yang disifatkan FAM sebagai tidak seimbang jika dibandingkan dengan hukuman kes-kes serupa sebelum ini.

Sekiranya AFC membatalkan atau mengubah keputusan beberapa aksi kelayakan sebelum ini, kedudukan dalam kumpulan boleh berubah dan memberi kesan kepada peluang Malaysia untuk mengesahkan tiket lebih awal.

Apa pun keputusannya kelak, harapan rakyat Malaysia tetap sama agar perjuangan Harimau Malaya di atas padang tidak dipadam oleh polemik di luar padang.

Polemik ‘politik sukan’ yang dicetuskan oleh pesaing dari negara seberang gara-gara bimbangkan kebangkitan bola sepak Malaysia.

Sudah lama penyokong bola sepak negara menunggu saat untuk melihat Malaysia kembali bersaing secara konsisten di pentas tertinggi Asia.

Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia adalah menerusi kelayakan ke Piala Asia AFC 2023, yang menamatkan penantian panjang sejak penyertaan pada edisi 1980.

Sebelum itu Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada tahun 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah juga beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, tetapi ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Apa yang diharapkan, isu yang timbul tidak menyekat misi Harimau Malaya untuk meneruskan kemaraan dan melakar sejarah baharu bola sepak Malaysia. – MYNEWSHUB

Tags: AFC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

26/01/2024
0

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga...

AFC Pilih Malaysia Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

17/02/2022
0

PEMINAT bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada Khamis mengumumkan Malaysia dipilih sebagai tuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd