Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Peguam Yuktes Vijay mendakwa akan ada satu langkah besar dalam tempoh terdekat bagi membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang pernah menganggotai barisan guaman Najib dalam kes berkaitan dana SRC International mendakwa, skuad lama Najib sedang berhimpun kembali.
“Fokus saya adalah untuk bebaskan bosku (Najib) dan dalam masa terdekat ini akan ada satu “move” besar untuk mencapai hasrat tersebut.
“Skuad lama Najib sedang berhimpun kembali,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari Ini.
Terdahulu, Yuktes Vijay memaklumkan, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda.
Menurut beliau, Arul Kanda adalah individu yang diberikan tanggungjawab oleh Najib untuk memulihkan 1MDB ketika beliau Perdana Menteri.
Kata beliau, Arul Kanda adalah faktor utama kepada kewujudan Tun Razak Exchange (TRX) yang menjadi pilihan company besar seperti Apple dan HSBC.
“Berjumpa dengan beliau demi bosku dan kerana bosku. Bebaskan Najib. Would be easier for all. Boleh menang election dengan tenang dan kekal sebagai kerajaan.
“Najib Razak, sabar kejap ya bos. The band is getting together. To get you out. No matter what it takes.
“Hanya matter of time sebelum Najib dibebaskan. Bukan soal boleh atau tidak lagi.Cuma bila dan bagaimana,” katanya. – MYNEWSHUB


