• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Bahaya Lawan Arus Tular, Polis Kluang Tahan Seorang Penunggang

oleh AK-47
21/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aksi Bahaya Lawan Arus Tular, Polis Kluang Tahan Seorang Penunggang
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG, 21 Mac 2026 – Tindakan berani mati dua penunggang motosikal menunggang secara melawan arus di Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam akhirnya membawa padah apabila salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis.

 

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 2 minit 16 saat yang tular di media sosial pada 19 Mac lalu, memaparkan aksi berbahaya tersebut.

 

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5 Mac 2026 di Kilometer 76 hingga 75, Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam melibatkan dua motosikal jenis Yamaha 135LC dan Modenas Kriss.

 

“Kedua-dua penunggang lelaki tersebut didapati menunggang secara melawan arus tanpa memakai topi keledar, malah dipercayai saling kejar-mengejar walaupun terdapat kenderaan lain di laluan bertentangan sehingga hampir menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kluang telah menahan salah seorang suspek pada 20 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

 

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

 

Dalam masa sama, polis sedang mengesan seorang lagi penunggang yang terlibat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

 

Orang ramai boleh menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822 bagi menyalurkan maklumat.

 

Polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang, mengutamakan keselamatan dan tidak melakukan tindakan berbahaya yang boleh mengundang tragedi.

— Mynewshub

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/1774058005500.mp4
Tags: aksi bahaya
Share236Tweet147SendShare

Related Posts

Video: Nak Swafoto Punya Pasal…

15/02/2025
0

SEREMBAN - Aksi dua remaja perempuan yang dirakam 'bersantai' di atas bumbung sebuah kompleks beli-belah di bandar ini mencetuskan kekecohan...

Pemandu Bas Kemudi Stereng Guna Kaki Dikecam Netizen

10/01/2017
0

SEORANG pemandu bas di China telah ditahan selepas aksinya sambalewa 'mengemudi' stereng menggunakan kaki tersebar di laman sosial negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd