• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mendakwa penyertaannya dalam politik bukan kerana mengejar kuasa.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa itu mendakwa, beliau sudah lama menikmati kehidupan yang selesa sebagai seorang artis.

“Kalau kuasa yang aku cari, hidup aku sudah lama cukup selesa. Sebagai artis, rezeki aku terbuka dan aku dapat melakukan kerja yang aku cintai,” katanya di media sosial hari ini.

Afdlin berkata, keputusan menyertai politik bukan sesuatu yang mudah kerana ia turut membawa pelbagai cabaran dan tekanan dalam kehidupan.

“Masuk politik sebenarnya menambah masalah dalam hidup aku. Tapi aku ingat satu ayat, kalau orang baik tak masuk politik, orang tak baik menguasai politik,” katanya.

Dakwanya, antara perkara yang mendorong beliau adalah nasib penggiat seni yang masih bergelut dengan kesusahan hidup akibat sistem yang tidak memahami realiti industri kreatif.

Dalam masa sama, Afdlin turut menegaskan bahawa kesetiaan kepada parti tidak bermakna seseorang perlu menutup mata terhadap kesilapan.

“Kalau salah, aku akan kata salah walaupun terhadap pihak sendiri. Bagi aku, integriti lebih mahal daripada populariti.

“Politik ini kotor, aku tahu. Politik ini berat, aku juga tahu. Tapi kalau semua orang baik takut masuk politik, siapa yang akan tinggal di dalamnya?” katanya.

Afdlin turut mengakui bahawa dalam politik, perbezaan pandangan sering membawa kepada kritikan malah fitnah.

“Kalau korang tak sehaluan dengan seseorang, akan dihentam. Kadang dengan fakta, kadang dengan fitnah. Tak apa. Aku tak minta semua orang suka aku,” katanya.

Mengimbau latar belakang hidupnya, Afdlin berkata, beliau memahami kesusahan kerana dibesarkan dalam keadaan sederhana.

“Aku budak Flat Seri Sabah. Aku dah rasa hidup susah. Fokus aku membantu orang. Rezeki aku dengan Dia, bukan dengan kau orang,” katanya.

Terdahulu, katanya, ramai orang berpandangan beliau tidak layak bercakap tentang negara, tetapi yang selama ini merosakkan politik negara bukan datang dari dunia seni. – MYNEWSHUB

Tags: Afdlin Shauki
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam gagal diluluskan disebabkan oleh sebahagian...

Afdlin Nafi Tuduhan Salah Laku Projek DBKL

Afdlin Nafi Tuduhan Salah Laku Projek DBKL

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd