• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Sarat Barangan Di Paya Terubong

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Sarat Barangan Di Paya Terubong
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang dipenuhi barangan peribadi di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubong, di sini, malam tadi.

 

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebuah Perodua Myvi yang sarat dengan kotak, beg plastik, bantal serta pelbagai barangan keperluan lain.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.48 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong digerakkan ke lokasi untuk membantu membuka pintu kenderaan yang berkunci.

 

Menurutnya, pintu kereta berjaya dibuka menggunakan peralatan khas sebelum pegawai perubatan mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi tindakan dan siasatan lanjut.

 

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.43 malam.

 

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tags: dalam keretagolongan wanita
Share215Tweet134SendShare

Related Posts

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

Mahkamah Tolak Rayuan Lelaki Rogol Dalam Kereta

26/10/2018
0

TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang lelaki terhadap hukuman ke atasnya selepas disabitkan kesalahan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd