Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Dia ni kenapa musibat sangat perangai,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Beliau berkata demikian terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Ia berikutan laporan media membabitkan Tun Faisal yang mendakwa Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai musuh Perikatan Nasional (PN)
“PAS dan semua Ahli Parlimen (kecuali beberapa kerat) tiada masalah pun. Hamzah tetap kekal sebagai Ketua Pembangkang.
“Yang meroyan tiap-tiap hari apa pasal,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Dalam hantaran berasingan, Wan Ahmad Fayhsal melahirkan rasa syukur Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Menurut beliau, Hamzah mendapat sokongan 3/4 Ahli Parlimen PN untuk kekal memegang jawatan itu.
Justeru, katanya, kerusi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Dewan Rakyat yang kini disebelah Hamzah wajar dipindahkan.
“Ini bagi memberi laluan kepada YB Kemaman (Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar) yang kini adalah Pengerusi PN.
“Saya pun kekal di tempat sama kerana sudah nyatakan sokongan penuh kepada PN walaupun kini sebagai Ahli Parlimen bebas.
“Kami tenang-tenang saja, Ramadan Karīm guys,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber: FB Wan Ahmad Fayhsal


