• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

oleh Mohd Arshad
12/02/2026
dalam Jenayah
0
Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan seorang lelaki dan wanita warga tempatan terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik pada jam 11.43 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan seorang lelaki berusia 54 tahun dan wanita berusia 52 tahun itu terbaring berlumuran darah di atas lantai.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu kesan tikaman di bahagian leher suami, manakala 13 kesan tikaman iaitu 10 di leher, satu di tangan sebelah kiri manakala dua lagi di badan pada wanita itu.

“Mayat kedua-dua mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur dan proses bedah siasat dijalankan jam 9 pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mangsa yang juga pasangan suami isteri.

“Dipercayai suami membunuh isteri sebelum membunuh dirinya sendiri. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian ibu negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan perlakuan jenayah diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

-Berita Harian

Tags: bunuh diriisteritikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd