Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menegaskan bahawa tiada sebarang permohonan Bantuan Ramadan atau tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Dalam satu kenyataan, MoF memaklumkan mesej berkenaan adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh kementerian tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber yang tidak sah serta sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MoF,” menurut kenyataan itu.
Kementerian berkenaan turut mengingatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat sahih hanya melalui laman web rasmi www.mof.gov.my serta akaun media sosial rasmi kementerian.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya menghentikan penyebaran mesej tidak sah dan sentiasa membuat semakan sebelum berkongsi sebarang maklumat di platform digital.
“Semak sebelum kongsi,” tegas kenyataan berkenaan. – MYNEWSHUB
Sumber: FB Kementerian Kewangan


