Oleh Mynewshub
RAFIZI tidak perlu seru nama Najib dalam melancarkan serangan politik ke atas Anwar.
Banyak kali Rafizi cuba ‘menembak’ mantan bos beliau, tapi nama Najib dijadikan umpan.
Seolah-olah tanpa Najib, ‘peluru’ tak berbisa. Tanpa bayang Najib, kritikan hilang taring.
Kalau mahu cabar PMX, cabarlah sendirian, bukan dengan bayang-bayang Najib.
Taktik ‘semua salah Najib’ mungkin berkesan suatu ketika dahulu, tetapi pentas politik telah berubah babak.
Strategi lama cuba diguna seolah-olah politik negara tak pernah bergerak ke depan.
Najib sekurang-kurangnya ‘gentleman’ pergi mahkamah dan hadapi pertuduhan dengan tenang.
Proses undang-undang dilalui tanpa drama jalanan untuk menghasut emosi awam.
Kalau yakin dengan hujah sendiri, berdirilah dengan diri sendiri. Apapun ‘Kifarah is real’ – MYNEWSHUB


