Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan turun padang di Bukit Bintang semalam bagi menyatakan sokongan kepada usaha dakwah Firdaus Wong Wai Hung.

Ketuanya, Aliff Firdaus Abd Hadi berkata, kehadiran mereka bagi memberi sokongan moral serta menawarkan bantuan supaya usaha dakwah tersebut dapat diteruskan tanpa berdepan sebarang masalah dengan mana-mana agensi kerajaan.
“Hari ini Pemuda Wilayah turun ke Bukit Bintang untuk bersama saudara Firdaus Wong Wai Hung bagi memberi sokongan serta menawarkan apa juga bentuk bantuan yang termampu.
“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita semua,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif berkenaan.
“Tahniah Pemuda UMNO Wilayah. Insya-Allah kita bantu sedaya upaya untuk meneruskan dakwah ini,” katanya ringkas menerusi kenyataan balas. – MYNEWSHUB
Sumber: FB Aliff Firdaus


