• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil Dakwa Gotong-Royong Esok Adalah Provokasi 

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil Dakwa Gotong-Royong Esok Adalah Provokasi 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat) memberi amaran kepada Yayasan Kubra supaya tidak meneruskan aktiviti gotong-royong di kuil di Rawang Perdana esok.

Pengerusinya, Arun Dorasamy mendakwa, rancangan gotong-royong tersebut sebenarnya satu provokasi yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

“Amaran Kepada Yayasan Kubra-Tamim Dahri. You (anda) datang kuil esok 25 Februari kononnya bergotong-royong itu ada provokasi. IPD Gombak bertindak!,” katanya di media sosial malam ini.

Terdahulu, Yayasan Kubra dalam satu kenyataan menegaskan akan melaksanakan pembersihan binaan haram di atas tanah miliknya di Rawang Perdana selepas tamat tempoh yang diberikan sehingga pukul 11.59 malam ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Yayasan Kubra menegaskan pihaknya berhak melindungi tanah hak milik yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang daripada pencerobohan berterusan.

Menurut kenyataan itu, yayasan berkenaan sebelum ini telah mengadakan pertemuan dua hala bersama IPD Gombak dengan kehadiran pihak penceroboh, di mana persetujuan dicapai untuk memberi tempoh 14 hari bermula 11 Februari hingga 24 Februari 2026 bagi mengosongkan binaan haram di tapak berkenaan.

“Yayasan Kubra bagaimanapun melahirkan rasa dukacita apabila mendakwa pihak penceroboh memainkan naratif kononnya mereka diugut dan dipaksa keluar oleh pihak berkuasa, sedangkan persetujuan telah dicapai bersama,” kata kenyataan itu.

Yayasan Kubra turut menjemput mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu untuk menyertai gotong-royong di tapak berkenaan pada 25 Februari 2026 pukul 5 petang di Lot PT 19501, PT 19502 dan PT 19503, Mukim Rawang, Daerah Gombak. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Arun Dorasamy

Tags: Kuil Haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Haram Di Tanah Yayasan Kubra Dialihkan Pada Tengah Malam

Kuil Haram Di Tanah Yayasan Kubra Dialihkan Pada Tengah Malam

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub GOMBAK – Sebuah kuil yang didakwa dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik Yayasan Kubra telah dialihkan sebelum...

Yayasan Kubra Laksana Pembersihan Binaan Haram Di Rawang Perdana Esok  

Yayasan Kubra Laksana Pembersihan Binaan Haram Di Rawang Perdana Esok  

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Yayasan Kubra menegaskan akan melaksanakan tindakan pembersihan binaan haram di atas tanah milik berdaftarnya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd