Keterangan seorang mangsa dalam fail Epstein menyatakan pasportnya dirampas sebaik sahaja dia menaiki pesawat milik Epstein.

Sangat menakutkan apabila memikirkan bagaimana individu-individu jahat ini begitu terbiasa melakukan perkara tersebut seolah-olah ia bukan sesuatu isu yang besar.
Mangsa mendakwa Epstein merogolnya setiap hari, kadangkala sehingga tiga kali sehari, dan dia cuba melarikan diri dengan berenang keluar dari Little St. James (pulau peribadi pedoq berkenaan).
Dia juga dipaksa menjalani diet cara kebuluran, sementara pembantunya, Lesley Groff, memantau berat badannya dan menuntut gambar bogel.
Apabila mangsa enggan menurunkan berat badan di bawah 56kg, Groff menulis: “Jeffrey sedang menunggu gambar anda!”
Selepas dirogol, mangsa berkata: “Saya dibuatkan secawan teh oleh Cathy dan disambut dengan senyuman.”
Keseluruhan operasi itu direka untuk menjadikan kengerian tersebut seolah-olah sesuatu yang normal…-MYNEWSHUB

