• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

oleh Mohd Arshad
04/02/2026
dalam Jenayah
0
Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata suspek akan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan khianat dengan api.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang esok mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes itu sudah lengkap selepas suspek ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak ganas di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang membabitkan bekas teman wanitanya berusia 40-an serta ibu mangsa yang berusia 80 tahun.

Dalam kejadian itu, sebuah kenderaan milik mangsa dibakar oleh suspek selain mangsa mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan.

Suspek diberkas pada hari sama ketika bersembunyi di sebuah unit pangsapuri di Bandar Saujana Putra dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

BHonline-

Tags: bakar keretalelakimengamuk
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

08/02/2026
0

MELAKA: Seorang pelajar perempuan bersama adiknya berdepan detik cemas apabila dikejar seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd