• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

oleh Mohd Arshad
08/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Seorang pelajar perempuan bersama adiknya berdepan detik cemas apabila dikejar seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan parkir pusat beli-belah di Taman Lagenda, malam tadi.

Pelajar universiti berusia 21 tahun itu berada di kawasan parkir bersama adiknya yang belum dikenal pasti identiti untuk menunggu ahli keluarga mereka masuk ke dalam kenderaan sebelum didatangi suspek berusia 50 tahun pada jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata suspek secara tiba-tiba memarahi dan menjerit ke arah mangsa serta adiknya sambil memegang sebilah pisau, menyebabkan mangsa takut dan curiga.

“Mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dan adiknya melarikan diri masuk ke dalam pusat beli-belah itu.

“Suspek mengejar mereka sebelum dilaporkan terjatuh dan dua beradik itu berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek yang beralamat di Kelemak, Alor Gajah, ditahan beberapa jam kemudian.

“Polis turut merampas sebilah pisau, sehelai baju serta sehelai seluar dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

BHonline-

Tags: dua beradikkejarlelaki
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd