• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, February 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini

oleh Mohd Arshad
08/02/2026
dalam Politik
0
Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipanggil menghadap Lembaga Disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang dipanggil untuk memberi keterangan pada 12 tengah hari, Khamis ini di Ibu Pejabat BERSATU.

Menerusi surat pemberitahuan Notis Panggilan kali kedua ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan bertarikh 6 Februari, terdapat empat aduan disiplin terhadap Ahli Parlimen Larut itu yang bertarikh 30 September 2025 serta 5 Februari.

Menurut notis pemberitahuan itu, Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti BERSATU menetapkan satu sesi perjumpaan dengan Hamzah bagi memberi keterangan berhubung aduan yang diterima.

Hamzah juga didakwa gagal menghalang beberapa pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan menyerang Muhyiddin serta mencemarkan imej BERSATU.

Aduan lain termasuk gagal menghalang rundingan dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat parti termasuk perbincangan berkaitan Majlis Eksekutif PN yang telah ditolak oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Hamzah juga didakwa mencemarkan imej Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak dijemput ke pertemuan membabitkan presiden parti komponen PN pada 28 Januari lalu.

Sebelum ini, dua pemimpin BERSATU Selangor Rafiq Abdullah dan Datuk Harisson Hassan menggesa Lembaga Disiplin menyiasat Hamzah dan mengambil tindakan ke atasnya termasuk dipecat jika terbukti bersalah menjadi punca krisis dalaman parti.

Rafiq turut mendesak Hamzah berundur namun penganalisis politik berpandangan Timbalan Pengerusi PN itu tidak akan melayan tuntutan sedemikian sebaliknya menunggu tindakan BERSATU.

Hamzah sebelum ini menafikan hubungannya dengan Muhyiddin tegang termasuk menolak dakwaan wujud dua kem dalam parti itu selain mendakwa cerita itu sengaja diadakan bagi mewujudkan perpecahan dalam Bersatu dan PN.

Namun, beliau terus dikaitkan dengan dakwaan wujud usaha menyokong perpecahan dalaman parti, yang dipercayai membawa kepada beberapa tindakan disiplin.

Ia termasuk pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah serta penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

BHonline-

Tags: BERSATUHamzah Zainudin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd