• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

oleh Mohd Arshad
02/02/2026
dalam Terkini
0
33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman membantu siasatan berhubung insiden di Jambatan Angkat pada Ahad.

Kesemua suspek ditahan selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam ketika waktu puncak di sepanjang laluan Jambatan Angkat Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan antara 400 penyokong yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu malam Ahad bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.

Menurutnya, sidang media berhubung perkembangan lanjut kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin pada jam 2.30 petang.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan tersebut.

Kejadian itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Nerus pada hari sama.

-Sinar Harian

Tags: ketenteraman awamremanSelangor FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd