• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

oleh Mohd Arshad
25/01/2026
dalam Terkini
0
Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab apabila Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hukumnya wajib.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr Nooh Gadut, kepada BH, sambil memaklumkan isu berkenaan sudah dibincangkan pada mesyuarat ke-122 jawatankuasa berkenaan.

“Muzakarah sudah membincangkan dan memutuskan bahawa waris wajib membayar tunggakan cukai pendapatan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

“Muzakarah berpandangan bahawa tunggakan cukai pendapatan si mati adalah menjadi hutang yang wajib diselesaikan oleh waris dengan menggunakan harta si mati sahaja,” katanya.

Isu mengenai hukum membayar tunggakan cukai pendapatan individu Islam yang sudah meninggal dunia dilaporkan BH pada Mei 2023 dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan cukai pendapatan si mati.

Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik, walaupun individu terbabit disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN ketika itu, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan si mati.

Katanya lagi, LHDN masih perlu mencari wakil sah atau pentadbir pusaka si mati jika pembayar cukai terbabit ada meninggalkan harta kerana tunggakan hasil tidak boleh dibiarkan.

“Tunggakan pembayar cukai yang sudah meninggal dunia hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dibuat,” katanya seperti dilaporkan BH sebelum ini.

Undang pandangan berbeza

Bagaimanapun, isu berkenaan mengundang pandangan berbeza mufti ketika itu dalam konteks syarak.

Ada mufti berpandangan wajib bersegera ‘melepaskan tanggungan’ si mati dengan melangsaikan hutang yang sumbernya diambil daripada harta peninggalan sebelum faraid, manakala yang lain menyifatkan cukai bukan hukum syarak dan bukan syariat, sebaliknya hanya tuntutan kerajaan.

Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan berkata, harus dibayar tunggakan cukai itu, sambil memetik hadis diriwayatkan Imam At-Tirmidzi yang menyebut ‘roh atau jiwa orang beriman itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dibayar atau dilunaskan’.

Begitu juga pandangan bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad yang menjelaskan segala hutang piutang individu yang sudah meninggal wajib diselesaikan waris terlebih dahulu sebelum baki harta difaraidkan.

“Hutang dengan sesiapa pun, malah agensi kerajaan, tetap satu hutang yang perlu kita selesaikan. Contohnya hutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), wajib selesaikan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Bagaimanapun, Mufti Pahang ketika itu, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berpandangan berdasarkan syariat Islam, pewaris harta pusaka pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal, tidak perlu membayar cukai tertunggak ditinggalkan si mati.

“Dalam masalah ini, ia bukan masalah agama, tidak ada syarak. Maksudnya, bukan disyariatkan dalam Islam mengenakan cukai ini. Islam wajibkan zakat, itu bezanya. Siapa tak bayar zakat, waris wajib bayarkan, tapi cukai ini tidak dikenakan dalam syarak,” katanya.

Susulan polemik berkenaan, Jawatankuasa Muzakarah MKI menjalankan kajian syarak dan mendapatkan pandangan pemegang taruh sebelum pada mesyuaratnya yang ke-122 pada Oktober 2023 memutuskan bayaran tunggakan cukai si mati adalah wajib.

BHonline-

Tags: cukai tertunggakLHDNwaris si mati
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membina negara yang inklusif dan sejahtera, sistem percukaian Malaysia kekal sebagai tiang seri pengagihan kekayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd