KUALA LUMPUR: Rakaman video berbentuk point of view (POV) yang dirakam sendiri menggunakan telefon bimbit oleh seorang wanita, yang kini tular di media sosial, mencetuskan kemarahan ramai susulan dakwaan perbuatannya meludah serta mengeluarkan kata-kata menghina terhadap agama Islam.
Rakaman berkenaan yang tersebar luas di pelbagai platform disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas oleh netizen, sekali gus mengundang kecaman hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Rata-rata pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kandungan video tersebut yang dianggap mencabar sensitiviti agama dan keharmonian kaum di negara ini.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan wanita berkenaan sebagai provokatif serta disengajakan kerana dirakam sendiri sebelum dimuat naik ke media sosial.
“Ini bukan lagi isu kebebasan bersuara. Ia jelas satu penghinaan terbuka terhadap agama dan boleh mencetuskan ketegangan masyarakat,” kata seorang pengguna media sosial.

Wanita ini telah pun ditahan pihak berkuasa dan kini sedang dalam proses menjalani pembicaraan.


